About Fadzil Aripin

MOHD FADZIL ARIPIN Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Creeper Design Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Ingin keluar dari zon selesa membuatkan saya, Mohd Fadzil Aripin menceburi bidang bisnes 10 tahun dahulu. Ketika itu kerjaya asal saya adalah sebagai pereka grafik di syarikat MAYDIN Subang Jaya. Sejak tahun 2008 saya membuat nekad membuka syarikat sendiri menghasilkan tempahan pakaian seragam dan kemeja korporat jenamanya saya sendiri. Kini, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Creeper Design, saya harus berwawasan lebih tinggi demi memartabat dan memperkenalkan jenama pakaian korporat buatan saya di pasaran global. Keputusan saya menceburi bidang perniagaan ini adalah untuk mencabar diri sama ada saya boleh berubah daripada makan gaji atau saya mengeluarkan gaji kepada orang lain dan saya menentukan nasib saya sendiri. Begitu juga arah tuju bisnes atau mana-mana organisasi yang saya pandu. Semasa mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, bermacam pekerjaan saya buat, dari mem...